# Pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM500 setahun (2010-2012) bagi langganan boradband
# Penjawat awam kini boleh memperoleh pinjaman komputer sebanyak RM5,000 setiap 3 tahun jika dibandingkan setiap 5 tahun sebelum ini
# Pemberian Biasiswa Nasional kepada 30 orang yang terbaik diseluruh Malaysia bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Izajah di universiti tersohor di dunia
# Peminjam PTPTN yang mendapat Ijazah Kelas Pertama mulai tahun 2010 akan ditukarkan pinjaman kepada biasiswa
# Diskaun 50% kepada pelajar yang berumur 13 tahun ke atas bagi menggunakan keretapi jarak jauh dengan KTMB
# Pelajar boleh memperoleh netbook dengan langganan broadband dengan kadar RM50 sebulan selama 2 tahun. Package ini lebih murah daripada kadar di pasaran. Keutamaan akan diberi kepada pelajar tahun 1 universiti keluarga berpendapatan rendah. Buat permulaan Telekom akan menawarkan kepada 100,000 pelajar
# LRT (Kelana Jaya-Taman Melati) akan ditambah dengan 35 unit tren
# Terminal Pengangkutan Bersepadu akan dibina di Gombak bagi mengurangkan kesesakan di bandar
# Skim insurans / takaful asas bagi motor akan diperkenalkan bagi mempercepatkan claim dan kadarnya dijangka tidak akan membebankan rakyat
# Syarikat yang tersenarai akan memperkenalkan e-Dividen kepada pemegang saham bagi meningkatkan kemudahan pembayaran. Syarikat broker diberi pilihan untuk memperkenalkan e-Payment bagi membuat dan menerima pembayaran
# Bermula 1 Januari 2010, kerajaan akan memperkenalkan service charge sebanyak RM50 setahun dan RM25 setahun bagi pemegang kad kredit utama dan tambahan. Ini bagi mengalakkan perbelanjaan secara berhemah. Pemegang kad kredit pada Ogos 2009 ialah 11 juta
# Kerajaan akan mengenakan RM10,000 bagi setiap AP kepada pemegang AP terbuka.
# Sistem Pengurusan Subsidi bagi petrol akan diperkenalkan pada awal 2010, untuk memberi hanya kepada yaang memerlukan dengan menggunakan infrastuktur yang sedia ada dan MyKad
# Kadar elaun bagi Orang Kurang Upaya (OKU) akan ditingkatkan daripada RM50 sebulan kepada RM150 sebulan bagi yang bersekolah di sekolah khas – ianya melibatkan 4,000 pelajar OKU
# Bagi pencarum EPF yang memilih caruman sebanyak 8%, boleh memilih untuk meningkatkan kembali kepada 11% berkuat kuasa serta merta
# Bagi assessment 2010, cukai individu maksima akan diturunkan daripada 27% kepada 26%
# Pelepasan individu bagi tujuan cukai pendapatan individu dinaikan daripada RM8,000 kepada RM9,000 setahun
# Semua Jabatan dan Kementerian di bawah kerajaan dikehendaki menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak. Bagi tujuan ini, kerajaan memperuntukan RM200,000 bagi setiap jabatan / kementerian
# Pemberian saguhati kepada penjawat awam berjumlah RM500 dipanjangkan juga kepada semua penjawat awam gred 41 hingga gred 54 atau bersamaan dan juga kepada pesara jika dibandingkan sebelum ini hanya kepada staf kategori sokongan. Bayaran akan dibuat pada bulan Disember 2009
October 23, 2009
antara intipati bajet 2010
March 18, 2009
Politik Wang – Satu Cadangan
1. Setiap kali pemilihan agung UMNO (PAU), kecoh pasal politik wang , rasuah dan sebagainya terutama bagi mereka yang terlibat secara terus atau tidak langsung dengan pemilihan tersebut.
2. Kenapa perkara ini kerap terjadi dan apa puncanya? Satu post mortem perlu dilakukan. Megapa politik wang menjadi sinonim dengan PAU? Banyak sangatkan duit yang ingin diberi dan banyak sangatkah jumlah yang diperlukan oleh perwakilan??
3. Tergerak di hati penulis utk mencadangkan kepada UMNO atau mana2 parti politik yang akan/sedang bergelumang dengan politik wang ini utk:
a. Membenarkan penggunaan wang semasa berkempen. Tetapi pihak UMNO harus menetapkan jumlah siling penggunaan wang yang dibenarkan.
b. Memastikan setiap calon membuat deklarasi tentang perbelanjaan wang yang digunakan sebagai tempoh berkempen. Contoh perbelanjaan bil handphone, makan dan sbgnya.
c. Membenarkan penggunaan agen bagi calon. Agen2 ini hendaklah berdaftar dengan pihak UMNO dari hari pertama tempoh berkempen.
4. Langkah2 di atas dapat mengurangkan politik wang di dalam UMNO. Ini kerana, kita harus faham dengan senario politik tanahair kita hari ini. Ia amat berbeza dengan senario 30-40 tahun yang lepas.
5. Kita tidak akan jumpa lagi agen yang sanggup mengayuh basikal atau berjalan kaki untuk berjumpa perwakilan lain….kini hampir semua orang naik kereta dan kereta sudah tentu memerlukan petrol.
6. Hari ini juga susah utk kita jumpa orang yang ingin bersembang politik tanpa duduk bersantai di warung2 atau kedai kopi dan ini juga memerlukan perbelanjaan.
7. Penggunaan agen juga diperlukan kerana UMNO mempunyai lebih dari 200 Bahagian seluruh Malaysia. Yang bertanding pula Menteri, Timbalan Menteri….ada masa lebih ke utk jumpa perwakilan.
8. Harap pihak UMNO dapat lah bertindak dan berfikiran secara logikal di dalam menyediakan tata etika ahli seiring dengan keadaan politik semasa.
Wassalam
January 8, 2009
Perang Salib Era Moden
1. kecoh di dada akhbar melaporkan kekejaman regim zionis ke atas rakyat palestin.
2. lebih 500 orang yang tidak berdosa mati…
3. saya sebak melihat mayat anak2 kecil yang tidak mengenal erti peperangan bergelimpangan akibat letupan bom oleh laknatullah yahudi israel…
4. namun saya lebih sebak apabila pemimpin dunia gagal bertindak apa2…
5. alasan israel menggempur GAZA ialah utk memburu pejuang Hamas…
6. tahun 2006 juga israel menggunakan bumi Lebanon dengan alasan kononnya ingin memburu pejuang Hizbullah…
7. Akhirnya sapa yang rugi….sudah tentu rakyat lebanon sendiri …kerana pada ketika itu…langsung tiada tindakan balas dan bertahan dari pihak Lebanon sendiri…mereka seolah2 menghalalkan laknat yahudi israel ini menyerang bumi mereka..
8. Kerajaan palestin juga dilihat agak ‘lembik’ dalam menangani isu Israel-Hamas ini..
9. saya faham perjuangan hamas yang sudah tentu akan terus menyerang israel ….ini kerana sikap tamak yahudi membuatkan pihak hamas tidak berdiam diri…
10. saya juga faham alasan israel menyerang palestin yang atas alasan utk memburu musuh mereka iaitu puak hamas…
11. tetapi sebagai masyarakat antarabangsa..saya kaget dan pelik melihat sikap negara2 besar seperti amerika yang bertindak seperti pengadil yang berat sebelah….kerajaan palestin pula seperti penonton yang tidak berbuat apa2…tak lupa juga kerajaan mesir seperti polis anti rusuhan di stadium..hanya berdiri sambil memerhatikan keadaan..
12. barack obama?? hahahaha tiada telur…..umum tau…waimah siapapun presiden amerika…mereka ada boneka yahudi…..
13. jika negara arab islam yang berhampiran seperti iran, syiria, yemen boleh bersatu….sekali jentik sahaja israel boleh lenyap dari peta dunia…tetapi mengapa negara2 islam tidak bersatu..??
14. saya ibaratkan perang ganas laknat israel dan hamas ini sama seperti perang dengan hizbollah…..yakni…sama seperti… Perak lawan Selangor di stadium kedah….siapa yang rugi….kedah sendiri yang rugi..sebab apa..sebab abis rumput stadium dipijak oleh pemain selangor dan perak.
December 4, 2008
Assalamulaikum dan selamat datang
Salam kepada semua pembaca,
Alhamdulillah sudah hampir satu bulan UMNO Bahagian Ampang dan Sayap-sayap parti selesai bersidang. Pada persidangan Pemuda tempohari saya telah dicalonkan sebagai Naib Ketu Pemuda UMNO Ampang. Walaubagaimanapun, belum menjadi rezeki saya utk memegang jawatan tersebut setelah tewas kepada Saudara Othman Hussain, bekas penolong setiausaha pemuda Ampang. Kalah dan menang bukan perkara utama lagi setelah selesainya persidangan. Alhamdulillah saya telah diberi peluang oleh saudara Safarizul Mustafa yang menang tanpa bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Ampang dengan melantik saya sebagai EXCO Pemuda tambahan.
Saya ditugaskan utk menjadi Timbalan Pengerusi Biro IT Pemuda dengan Saudara Faizuree Ketua Pemuda Sri Melor sebagai Pengerusi Biro. Banyak kerja yang harus dilakukan oleh Biro IT terutama di dalam menjadi wadah utama perhubungan antara UMNO dengan orang ramai.
Tidak dinafikan peranan internet/blog memainkan peranan amat kritikal semasa PRU tempohari. Kegagalan UMNO untuk berjuang di alam cyber menyebabkan ramai golongan muda yang mengundi pembangkang. Tidak mengapa, kini tanggungjawab terletak pada UMNO utk menyakinkan semula pengundi bagi PRU yang akan datang.