Assalamulaikum dan selamat datang

Salam kepada semua pembaca,

Alhamdulillah sudah hampir satu bulan UMNO Bahagian Ampang dan Sayap-sayap parti selesai bersidang. Pada persidangan Pemuda tempohari saya telah dicalonkan sebagai Naib Ketu Pemuda UMNO Ampang. Walaubagaimanapun, belum menjadi rezeki saya utk memegang jawatan tersebut setelah tewas kepada Saudara Othman Hussain, bekas penolong setiausaha pemuda Ampang. Kalah dan menang bukan perkara utama lagi setelah selesainya persidangan. Alhamdulillah saya telah diberi peluang oleh saudara Safarizul Mustafa yang menang tanpa bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Ampang dengan melantik saya sebagai EXCO Pemuda tambahan.

Saya ditugaskan utk menjadi Timbalan Pengerusi Biro IT Pemuda dengan Saudara Faizuree Ketua Pemuda Sri Melor sebagai Pengerusi Biro. Banyak kerja yang harus dilakukan oleh Biro IT terutama di dalam menjadi wadah utama perhubungan antara UMNO dengan orang ramai.

Tidak dinafikan peranan internet/blog memainkan peranan amat kritikal semasa PRU tempohari. Kegagalan UMNO untuk berjuang di alam cyber menyebabkan ramai golongan muda yang mengundi pembangkang. Tidak mengapa, kini tanggungjawab terletak pada UMNO utk menyakinkan semula pengundi bagi PRU yang akan datang.

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s